Saturday, January 31, 2009

Akhir Kata


>Dengan rendah hati dan rasa penuh tanggungjawab saya menulis Blog ini dengan tujuan supaya ia menjadi ingatan kepada siapa yang membacanya tentang kekejaman Israel yang berlaku di Palestin sejak dulu hingga sekarang ini.Kesan dan gejala kaum Israel ini amat memedihkan seluruh masyarakat sedunia khasnya orang Islam.Ingatlah kita bahawa dunia ini sudah hampir kiamat,tetapi,kita masih lalai dengan kemewahan dunia.sepatutnya kita mengambil banyak iktibar daripada peristiwa ini....

>Kebanyakan manusia memang tidak mudah diyakinkan bahawa alam ini dan seluruh isinya tiap hari semakin tua.Bahkan sesetengahorang tidak mahu mengakui bahawa ajalnya sendirisemakin hampir setiap kali umurnya bertambah.Apalagi untuk menghitung umur alam ???????...

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada saudara kita yang menjadi mangsa kejam rejim zionist:

Bismillahhirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Segala puji bagi-Mu Ya Allah.
Kebaikan itu untuk orang yang bertakwa.
Tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi.
Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan,
dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.
Ya Allah, terangi kami dengan sinaran cahaya-Mu,dan jauhkanlah kami dengan sifat lupa.
Wahai sebaik-baik Tuhan Pemberi Rahmat.

Ya Allah.Tuhan yang memiliki keindahan langit dan bumi,yang mempunyai kehebatan
dan kemuliaan yang tidak dicapai oleh makhluk selain daripada-Mu Ya Allah.
Kami bermohon padamu Ya Allah.

Lindungilah kami daripada sebarang bala bencana yang mendatang.
Tabahkanlah hati kami untuk menempuh setiap ujian daripada-Mu Ya Allah.
Bantulah saudara-saudara kami yang menjadi korban rejim zionist laknatullah.
Ya Allah Tinggikanlah semangat jihad kami seperti mana engkau tinggikan semangat orang yang berjihad di jalan-Mu.

Wahai Tuhan kamiTunaikanlah hajat permintaan kami.
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
perkenankanlah segala hajat kami Ya Allah,
dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan Al-Fatehah.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates