Semua orang tahu bahawa negara Israel yang wujud hingga sekarang di Palestin didalangi oleh kuasa-kuasa besar dan sekutumereka ssudah berjaya menewaskan musuh mereka dalam perang dunia pertama,Seluruh dunia juga tahu betapa eratnya hubunganya di antara Amerika dan Israel.Bahkan nadi negara Israel tidak mungkin berdenyut kalau tidak dibantu dan dilindungi oleh Amerika secara langsung sejak negara zionist itu ditegakkan lebih 40 tahun dahulu."Sejak lepas perang dunia kedua,mungkin tidak ada jaminan keselamatan yang paling meyakinkan bagi negara Israel lebih daripada jaminan yang diucapkan oleh:
Presiden Truman pada bulan Oktober tahun 1948:
"Kami berikrar kepada negara Israel bantuan yang maksimun,sedaya upaya dan secukupnya untuk menjamin keupayaan penduduknya menyara dan mempertahankan diri sendiri."
Dengan ikrar itu,pada hari ini hubungan erat di antara Amerika dengan Israel ibarat
"Bagai isi dengan kuku"
Dari sudut ekonomi,bantuan Amerika kepada Israel jarang diumumkan,tetapi suatu sumber yang hampir dengan rumah putihmendedahkan bahawa sejak perang dunia kedua wang yang dicurahkan oleh Amerika untuk membantu Israel tidak kurang dari USD11,000 juta,sementara kiriman wang dari punca swasta berjumlah USD 25,000 juta.Ini bereti bahawa kiriman sejumlahUSD36,000 juta telah dicurahkan oleh Amerika kepada negara Israel sejak lepas perang,atau USD1,400 seorang setiap tahun.Bantuan ini bertambah dari tahun ke tahun daripada USD800 juta tahun 1970 bertambah menjadi USD1.5 Billion tahun 1971.
Homepage
17 years ago
No comments:
Post a Comment