Saturday, January 31, 2009

Akhir Kata


>Dengan rendah hati dan rasa penuh tanggungjawab saya menulis Blog ini dengan tujuan supaya ia menjadi ingatan kepada siapa yang membacanya tentang kekejaman Israel yang berlaku di Palestin sejak dulu hingga sekarang ini.Kesan dan gejala kaum Israel ini amat memedihkan seluruh masyarakat sedunia khasnya orang Islam.Ingatlah kita bahawa dunia ini sudah hampir kiamat,tetapi,kita masih lalai dengan kemewahan dunia.sepatutnya kita mengambil banyak iktibar daripada peristiwa ini....

>Kebanyakan manusia memang tidak mudah diyakinkan bahawa alam ini dan seluruh isinya tiap hari semakin tua.Bahkan sesetengahorang tidak mahu mengakui bahawa ajalnya sendirisemakin hampir setiap kali umurnya bertambah.Apalagi untuk menghitung umur alam ???????...

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada saudara kita yang menjadi mangsa kejam rejim zionist:

Bismillahhirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Segala puji bagi-Mu Ya Allah.
Kebaikan itu untuk orang yang bertakwa.
Tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi.
Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan,
dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.
Ya Allah, terangi kami dengan sinaran cahaya-Mu,dan jauhkanlah kami dengan sifat lupa.
Wahai sebaik-baik Tuhan Pemberi Rahmat.

Ya Allah.Tuhan yang memiliki keindahan langit dan bumi,yang mempunyai kehebatan
dan kemuliaan yang tidak dicapai oleh makhluk selain daripada-Mu Ya Allah.
Kami bermohon padamu Ya Allah.

Lindungilah kami daripada sebarang bala bencana yang mendatang.
Tabahkanlah hati kami untuk menempuh setiap ujian daripada-Mu Ya Allah.
Bantulah saudara-saudara kami yang menjadi korban rejim zionist laknatullah.
Ya Allah Tinggikanlah semangat jihad kami seperti mana engkau tinggikan semangat orang yang berjihad di jalan-Mu.

Wahai Tuhan kamiTunaikanlah hajat permintaan kami.
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
perkenankanlah segala hajat kami Ya Allah,
dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan Al-Fatehah.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Boikot Barangan Israel

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA:

Air minuman : Air Mineral HPA
Ayam : Ayam Organik HPA
Baja : Baja Organik HPA
Bedak : Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Beras : Beras Perang Organik
Berus Gigi : Berus Gigi Kasturi
Biskut : Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci: Wahdah
Daging : Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Milo: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Boikot Israel & Bantu Palestin

Hubungan Yahudi Amerika

Semua orang tahu bahawa negara Israel yang wujud hingga sekarang di Palestin didalangi oleh kuasa-kuasa besar dan sekutumereka ssudah berjaya menewaskan musuh mereka dalam perang dunia pertama,Seluruh dunia juga tahu betapa eratnya hubunganya di antara Amerika dan Israel.Bahkan nadi negara Israel tidak mungkin berdenyut kalau tidak dibantu dan dilindungi oleh Amerika secara langsung sejak negara zionist itu ditegakkan lebih 40 tahun dahulu."Sejak lepas perang dunia kedua,mungkin tidak ada jaminan keselamatan yang paling meyakinkan bagi negara Israel lebih daripada jaminan yang diucapkan oleh:

Presiden Truman pada bulan Oktober tahun 1948:

"Kami berikrar kepada negara Israel bantuan yang maksimun,sedaya upaya dan secukupnya untuk menjamin keupayaan penduduknya menyara dan mempertahankan diri sendiri."

Dengan ikrar itu,pada hari ini hubungan erat di antara Amerika dengan Israel ibarat
"Bagai isi dengan kuku"

Dari sudut ekonomi,bantuan Amerika kepada Israel jarang diumumkan,tetapi suatu sumber yang hampir dengan rumah putihmendedahkan bahawa sejak perang dunia kedua wang yang dicurahkan oleh Amerika untuk membantu Israel tidak kurang dari USD11,000 juta,sementara kiriman wang dari punca swasta berjumlah USD 25,000 juta.Ini bereti bahawa kiriman sejumlahUSD36,000 juta telah dicurahkan oleh Amerika kepada negara Israel sejak lepas perang,atau USD1,400 seorang setiap tahun.Bantuan ini bertambah dari tahun ke tahun daripada USD800 juta tahun 1970 bertambah menjadi USD1.5 Billion tahun 1971.

Amaran Keras Allah Kepada Bani Israel

AL-QURAN telah diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
untuk disebarkan sebagai petunjuk bagi seluruh manusia.Di dalam Al-Quran terdapat perintah Allah dan larangannya,bahkan juga keteranngan mengenai ilmu duniawi,mengenai alam ghaib dan alam zahir,undang-undang untuk manusia,binatang dan seluruh makhluk.Bahkan di dalam Al-Quran juga terdapat apa yang disebut sebagai'Anbaak Al-Ghaib',atau kenyataan Allah mengenai hal-hal yang dapat dilihat oleh manusia dan belum dapat dijangkau oleh ilmu pengetahuan mereka.Memang terdapat banyak contoh-contoh dari Anbaak Al-Ghaib yang terdapat di dalamAl-Quran untuk disebut secara terperinci.Di antara Anbaak Al-Ghaib itu ialah ayat-ayat mengenai Bani Israel,tentang sifat dan sikap buruk mereka terutama tentang keangkuhan,kedegilan,kemungkaran,dan kecurangan mereka terhadap manusia.
Bani Israel itu pada masa ini tidak lain dari bangsa Yahudi,yang tabiat dan tingkah laku mereka telah diketahui dan fahami oleh manusia di seluruh dunia.

Allah telah berfirman dalam ayat 78Surah 5(Al-Maaidah) yang bermaksud:

Telah dilaknat orang kafir dari Bani Israel,menerusi lisan Daud dan Isa anak Maryam,
adalah kerana tabiat mereka yang sering durhaka dan melampaui batas.
Bukti tentang kemungkaran atu kejahatan yang sering dilakukan oleh orang Yahudi sejak dahulu telah disebut juga di dalam Bible,walaupun dalam kitab kristian itu terdapat sebahagian dari tulisan-tulisan yang disifatkan oleh mereka sebagai petikan dari:

Taurat (Old Testament) yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Dalam Surah Deuteronomy:
ayat 28,64,65 :

Nabi Musa dikatakan telah berkata:
And the Lord shall scatter thee among all people,from the ono end of the earth even unto the other.....and among thesen nations shalt thou find no ease,neither shall the sole of thy foot have rest.But the Lord shall give thee a trembling heart and failing of eyes,and sorrow of mind.

Maksudnya:
~Dan Tuhan akan menyerahkan kamu hidup di tengah masyarakat manusia di seluruh dunia..... dan kamu tidak akan hidup aman. Bahkan kamu akan merempat dan kamu akan berada dalam ketakutan sepanjang masa.

Ayat ini tidak lain dari doa Nabi Musa a.s kepada Allah kerana kecewanya terhadap bangsanya sendiri yang telah mengingkari perintahnya pada hal segala kemahuan mereka telah ditunaikannya.Begitu kecewanya Nabi Musa a.s terhadap kaumnya dan marahnya terhadap mereka hingga baginda pergi meninggalkan mereka.Sesudah baginda pergi tidak ada siapa pun di antara mereka yang tahu ke mana baginda pergi malah bila baginda wafat dan dimana kuburnya.

Muqaddimah

Surah Al-Anfal yang bermaksud:

~Janganlah mengira orang-orang kafir,bahwa mereka akan terlepas dari hukuman kami. Sesungguhnya mereka tidak dapat melemahkan kami. >Ayat 59<

Sekarang ini Rejim Zionist semakin bertindak Kejam terhadap Umat Islam di Gaza.Mereka membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira tua atau muda bahkan kanak-kanak sekalipun.Apakah kita sebagai Umat Islam hanya melihat dan merenung sahaja.

Apakah kita hanya mampu berkata "kesiannya rakyat palestin","kenapalah kaum Israel jahat sangat".Apakah hanya perkataan itu yang dikeluarkandari mulut kita.....?Tiada gunanya kita hanya melafazkan perkataan sebegitu.sekurangnya-kurangnya keluarkanlah zikir atau doa yang ikhlas dari mulut beserta hati kita.Lakukanlah solat hajat...Jika berlainan Agama Berdoalah mengikut kepercayaan masing-masing...Berbagai-bagai cara yang kita boleh lakukanuntuk memebantu rakyat Islam di palestin!!!Dalam keadaan tidak sedar,setiap hari kita memeberi sumbangan kepada pihak yahudi untuk mengobek nyawa saudara kita yangberada di Palaestin..

Sedarlah saudaraku!!!!!!!!!!!
Bangkitlah saudaraku!!!!!!!!!!!

Ayuh....Bersama-samalah kita berjihad untuk membantu saudara kita yang berada Palestin.
Inilah kebenaran yang sedang berlaku di Palestin sekarang ini,Bayangkan jika kita berada di tempat mereka !!!!!!!Berapa ramai lagikah yang akan menjadi mangsa korban Israel??? Nescaya sampai tidak akan terhenti...Apakah kita akan terus melihat dan terus melihat...???Ayuh !!!!!!!!!!!!!Bersama-sama kita mengembalikan semula zaman kegemilangan Umat Islam......

Template by:
Free Blog Templates